-Tamadun Islam adalah unik berbanding dengan tamadun-tamadun awal yang lain.
(a) Tamadun awal pada umumnya muncul di kawasan lembah sungai, contohnya lembah Sungai Tigris-Euphrates, Nil, Indus dan Hwang Ho.
(b) Tamadun Islam muncul di kawasan yang terpencil di kawasan Hijaz yang terletak di tengah-tengah kawasan padang pasir yang panas dan kering-kontang.
(c) Jadi, kemunculannya berasaskan pemikiran dan kemahiran manusia di samping anugerah Allah.
- Ketika tamadun Islam berkembang, tamadun Rom dan Parsi juga berkembang di sebelah utara Semenanjung Tanah Arab.
Saturday 3 September 2011
Pengenalan
Posted by S4H at 01:33 0 comments
4.1 Masyarakat Arab Jahiliah
-Perkataan jahiliah berasal daripada bahasa Arab, iaitu perkataan 'jahala' yang bermaksud jahil, tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
-Orang Islam menggunakan isitilah ini untuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh Islam dalam corak pemikiran dan kehidupan masyarakat.
-Tempoh masa Zaman Jahiliah:
(a) bermula dengan peristiwa keruntuhan Empangan Maarib di Sabak pada tahun 300 M.
(b) berakhir dengan turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang menandakan bermulanya Zaman Islam pada tahun 610 M.
-Masyarakat Arab pada ketika itu dikenali sebagai masyarakat Arab Jahiliah kerana
(a) masyarakat Arab ketika itu enggan menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul seperti Nabi Sulaiman, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa dan Nabi Isa.
(b) zaman ini dianggap zaman kegelapan kerana masyarakat Arab ketika itu tidak menyembah Allah Yang Maha Esa.
(c) kebanyakan ahli masyarakat Arab ketika itu menyembah berhala dan mengamalkan kepercayaan animisme.
(d) kehidupan masyarakat Arab yang kucar-kacir ketika itu.
(e) tiadanya nabi atau rasul dan kitab suci sebagai petunjuk dalam kehidupan pada masa itu.
(f) akhlak masyarakat Arab ketika itu amat rendah dengan sifat mereka yang kejam, degil dan angkuh.
- Corak kehidupan dan pemikiran masyarakat Arab Jahiliah hanya mula berubah dengan munculnya agama Islam yang diturunkan melalui Nabi Muhammad s.a.w.
Posted by S4H at 01:26 0 comments
Monday 29 August 2011
Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah
Posted by S4H at 20:18 3 comments
4.2 Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum Dilantik Menjadi Rasul
-Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah (20 April 570 M).
(a) Muhammad bermaksud 'terpuji'.
(b) Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib. Bapa baginda meninggal dunia ketika baginda dalam kandungan ibunya.
(c) Stelah beberapa hari dilahirkan, baginda dipelihara dan disusukan oleh Halimatus Sa'diah.
(d) Ibu baginda, Aminah binti Wahab pula meninggal dunia ketika baginda berusia enam tahun.
(e) Baginda kemudiannya dipelihara oleh datuk baginda, Abdul Muttalib dan kemudiannya oleh bapa saudara baginda, iaitu Abu Talib.
-Nabi Muhammad s.a.w. berketurunan Bani Hasyim daripada kabilah Quraisy.
-Keturunan baginda bermula dengan Qusai bin Kilab yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin Makkah yang terkenal sejak kira-kira 100 tahun sebelum kelahiran baginda.
(a) Selain Qusai, keturunan Nabi Muhammad s.a.w. yang pernah menerajui kepimpinan Makkah ialah Abdul Manaf, Hasyim dan Abdul Muttalib. Abdul Muttalib pernah menyelamatkan Makkah daripada serangan tentera bergajah pimpinan Abrahah. Tahun Gajah adalah bersempena dengan peristiwa ini.
(b) Mereka bijak dalam urusan pentadbiran Makkah dan juga mahir dalam selok-belok perniagaan. Kewujudan telaga zamzam berkait rapat dengan sejarah kedatangan Nabi Ismail a.s. ke Makkah.
-Sejak kecil, Nabi Muhammad s.a.w. telah menempuh pelbagai cabaran.
-Baginda pernah melibatkan diri dalam pelbagai jenis pekerjaan termasuk menggembala kambing kepunyaan bapa saudara baginda, Abu Talib.
-Baginda juga berpengalaman dalam bidang perniagaan sejak berusia 12 tahun apabila baginda mengikut rombongan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam.
(a) Pengalaman dan peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika rombongan tersebut telah memperkayakan kehidupan baginda.
(b) Tanda-tanda kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. telah pun diramalkan oleh Buhaira (seorang Pendeta Nasrani) ketika rombongan itu singgah di Basrah.
-Ketika berusia 20 tahun, Nabi Muhammad s.a.w. telah pun berpengalaman menjalankan perniagaan sama ada secara berseorangan atau berkongsi dengan temannya.
Posted by S4H at 09:37 0 comments
Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
-Empat sifat terpuji yang dimiliki Nabi Muhammad s.a.w. ialah
(a) berkata benar (siddiq)
(b) boleh dipercayai (amanah)
(c) penyampaian ajaran Islam (tabliq)
(d) bijaksana (fatanah)
- Orang Arab Quraisy mengakui Nabi Muhammad s.a.w. memiliki sifat siddiq semasa berdakwah di Makkah.
-Nabi Muhammad s.a.w. merupakan seorang yang jujur, amanah dan berbudi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberikan gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.
-Panggilan 'al-Amin' ini juga menjadi sebati dalam kalangan masyarakat Arab sehingga nama Muhammad tidak digunakan.
-Sifat inilah yang menyebabkan Siti Khadijah berani menyerahkan modal yang besar kepada baginda untuk menjalankan perniagaan.
-Baginda menyampaikan ajaran agam Islam dengan bersungguh-sungguh selepas baginda dilantik menjadi rasul. Hal ini dilakukan oleh baginda walaupun terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan rintangan.
-Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang pengasih
(a) Sebagai seroang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaiann yang koyak, membersihkan rumah dan menjaga anak.
(b) Sebagai seorang bapa, baginda memberikan pendidikan agam yang secukupnya dan menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.
-Baginda mengamalkan cara hidup yang sederhana. Sifat kebendaan dijauhi oleh baginda.
-Baginda juga seorang yang sentiasa merendah diri walaupun baginda berkedudukan tinggi dan dihormati masyarakat. Baginda bergaul dengan semua lapisan masyarakat sama ada yang kaya mahupun yang miskin.
-Baginda seorang yang bersifat penyayang, khususnya terhadap golongan orang tua dan kanak-kanak.
-Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang bersifat pemaaf. Contohnya, semasa pembukaan semula kota Makkah pada tahun 630 M, orang Arab Quraisy yang telah dikepung diampun dan dibebaskan baginda.
-Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang mempunyai sifat kepimpinan. Hal ini jelas menonjol ketika baginda berusia 35 tahun apabila baginda berjaya menyelesaikan masalah dalam peristiwa peletakan Hajar Aswad (batu hitam) di tempat asalnya di Kaabah. Hal ini seterusnya dapat memperkukuh perpaduan antara kaum di Makkah.
Posted by S4H at 01:52 0 comments
Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
-Wahyu pertama diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada hari Isnin, 17 Ramadan (6 Ogos 610 M).
-Ketika itu Nabi Muhammad s.a.w. berusia 40 tahun.
-Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
-Surah al-Alaq, iaitu wahyu yang pertama diterima berbunyi 'Bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan manusia...'
(a) Dengan memerintahkan umat Islam supaya membaca, surah ini menegaskan betapa pentingya ilmu pengetahuan dalam Islam.
(b) Melalui bacaan, ilmu seseorang dapat ditingkatkan dan selanjutnya membolehkan seseorang membuat kajian dalam pelbagai bidang.
(c) Hal ini selanjutnya akan membantu dalam membina masyarakat dan tamadun Islam yang cemerlang.
-Wahyu kedua, iaitu surah al-Muddasir (ayat 1-7) juga diturunkan di Bukit Nur yang berhampiran Makkah.
(a) Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.
(b) Baginda diperintah menyebarkan agama Islam kepada seluruh umat manusia.
-Baginda perlu menyebarkan ajaran Islam secara bijak dan terancang.
-Nabi Muhammad s.a.w. terus-menerus menerima wahyu dan menjalankan seruan kepada Arab Quraisy.
-Pada tahap ini, baginda merancang untuk membetulkan akidah dan kehidupan masyarakat Arab dengan beriman kepada Allah s.w.t. dan meninggalkan semua amalan yang keji.
Posted by S4H at 01:16 0 comments
Hajar Aswad, batu suci ini diletakkan di salah satu penjuru Kaabah
Posted by S4H at 01:03 0 comments
Peringkat Awal.
-Pada peringkat awal, penyebaran Islam dilakukan secara sulit atau rahsia selama tiga tahun.
-Pada peringkat ini, Islam disebarkan dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat terdekat.
-Antara mereka yang terawal memeluk agama Islam ialah
(a) Siti Khadijah, isteri Nabi (orang yang pertama memeluk agama Islam)
(b) Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
(c) Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)
(d) Zaid bin Harinthah (anak angkat nabi)
-Pada peringkat ini, agama Islam bukan sahaja diberikan sambutan oleh golongan bawahan malah golongan bangsawan juga turut menerimanya.
-Antara sebab dakwah Islamiah pada peringkat ini diterima ialah ketinggian akhlak Nabi Muhammad s.a.w.
-Melalui Abu Bakar al-Siddiq, Islam disebarkan kepada tokoh-tokoh Quraisy seperti Uthman bin Affan, Zubair bin Awwam dan AL-Arqam bin Abu Arqam.
-Rumah Al-Arqam telah dijadikan sebagai pusat kegiatan Islam yang pertama di Makkah. Melaluinya Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebarkan Islam secara meluas.
Posted by S4H at 01:00 1 comments
Peringkat Dua
-Dakwah pada peringkat ini adalah secara terbuka atas perintah Allah sw.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w.
-Penyebaran Islam secara terbuka kepada keluarga Abdul Muttalib dimulakan melalui majlis ceramah di rumah Ali bin Abi Talib.
-Terdapat keluarga baginda yang menerima dan ada juga yang menolak seruan baginda.
-Antara orang yang paling kuat menentang baginda ialah Abu Lahab, iaitu bapa saudara baginda sendiri.
-Seruan Islam secara terbuka kepada orang ramai pula dilakukan di Bukit Safa, Makkah.
(a) Seruan ini berikutan perintah Allah menerusi ayat al-Quran, al-Hijir, ayat 94.
(b) Majlis ini dihadiri oleh semua ketua pentadbir kota Makkah. Antaranya ialah ketua Bani Abdul Muttalib, Bani Zhurah, Bani Tamim, Bani Makhzum dan Bani Asad.
-Pada peringkat ini, baginda telah ditentang hebat oleh kaum Musyrikin Quraisy.
-Berlaku perbahasan yang hebat antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Lahab. Abu Lahab telah menghina baginda sehingga dakwah yang hendak disampaikan telah terganggu.
-Akibat penentangan hebat oleh kaum Quraisy, baginda mengarahkan pengikut baginda berhijrah ke Habsyah pada 615 M. Hal ini sebagai langkah untuk melindungi para pengikut baginda.
-Baginda kemudiannya berdakwah hingga ke Taif tetapi seruan baginda tidak diterima.
Posted by S4H at 00:49 0 comments
4.4 Reaksi Masyarakat Arab terhadap Islam
-Pada mulanya, usaha Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan agama Islam tidak mengambil berat oleh masyarakat Arab Quraisy.
(a) Mereka menganggapnya sebagai masalah keluarga Nabi Muhammad s.a.w. kerana penyebarannya melibatkan ahli keluarga baginda.
(b) Mereka tidak mengjangka seruan Nabi Muhammad s.a.w. akan disambut oleh ahli masyarakat Arab Quraisy.
-Orang Arab Quraisy mula menentang apabila seruan Islam dijalankan secara terus terang dan mula diterima sebilangan orang ramai.
Posted by S4H at 00:36 0 comments
Thursday 25 August 2011
Penerimaan Terhadap Islam
-Pada peringkat awal, seruan Islam diterima oleh ahli keluarga dan sahabat rapat Nabi Muhammad s.a.w. kerana dakwah pada ketika itu dijalankan secara rahsia.
(a) Strategi ini digunakan kerana Islam masih baru diperkenalkan dan pengaruhnya masih sedikit. Cara ini akan mengelakkan penentangan yang mungkin menghalang penyebaran Islam selanjutnya.
(b) Kebanyakan penganut Islam ketika itu terdiri daripada golongan bawahan yang tertarik dengan ajaran Islam yang menegaskan layanan yang sama rata kepada semua manusia.
-Walaupun ramai dalam kalangan penganut Islam golongan bawahan yang telah diseksa dengan kejam, namun mereka tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam. Antara mereka yang diseksa dengan kejam ialah
(a) Bilal bin Rabah-dijerut lehernya dengan tali oleh tuannya, Umaiyah bin Khalaf.
(b) Keluarga Yassir-dijemur di padang pasir sehingga Yassir dan isterinya Sumaiyah, mati syahid.
(c) Amir bin Fuhairah-diseksa dengan kejam sehingga menjadi gila oleh tuannya.
(d) Zunainah-diseksa oleh Abu Lahab sehinnga menjadi buta.
-Walaupun masyarakat Arab Makkah taasub dengan amalan mereka, tetapi melalui cara yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. serta sifat peribadi baginda, mereka mudah tertarik kepada ajaran agama Islam.
Posted by S4H at 08:29 0 comments
Faktor Agama Islam Diterima
-Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah
- Cara lemah lembut dan berhikmah digunakan baginda ketika berdakwah.
- Baginda tidak memaksa tetapi memujuk orang ramai memeluk agama Islam.
-Sifat peribadi Nabi Muhammad s.a.w.
- Baginda seorang yang berakhlak mulia.
- Baginda memiliki kekuatan mental, fizikal dan rohaniah yang tinggi.
- Memiliki kesabaran yang tinggi ketika menyebarkan Islam.
- Kesanggupan baginda berkorban untuk Islam.
-Kaedah yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
- Baginda menggunakan kaedah membandingkan akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak yang disarankan oleh agama Islam.
- Baginda sering menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk menjawab sebarang pertanyaan.
- Di samping memberikan penjelasan, baginda juga menunjukkan teladan yang baik.
- Keimanan yang kuat ditanamkan pada pengikutnya.
Posted by S4H at 08:11 0 comments
Penentangan Terhadap Islam
(a) Faktor Agama
- Wujud perbezaan antara amalan dan kepercayaan kaum Quraisy dengan agama Islam.
- Kepercayaan kaum Quraisy ialah penyembahan berhala dan animisme.
- Kaum Quraisy mahu mempertahankan kepercayaan dan amalan nenek moyang mereka.
- Agama Islam menentang kepercayaan kaum Quraisy kerana agama Islam hanya menyembah Allah s.w.t.
- Ajaran Islam menyarankan prinsip persamaan taraf sesama manusia.
- Sistem sosial kaum Quraisy pula jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang mementingkan semangat persaudaraan tanpa mengira suku atau kaum serta persamaan taraf antara setiap manusia.
- Kaum Quraisy berpegang teguh kepada semangat assabiah. Semangat perkauman atau kesukuan mereka amat kuat.
- Oleh itu, mereka menolak konsep persaudaraan Islam.
- Kaum Quraisy juga berpegang kepada taraf dan kedudukan sosial yang berbeza, iaitu wujud perbexaan darjat antara golongan atasan dengan golongan bawahan.
- Agama Islam juga melarang mereka melakukan perbuatan yang sentiasa dilakukan mereka seperti memandang rendah kepada wanita, membunuh, berzina, meminum arak, berjudi dan sebagainya.
- Kaum Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap Nabi Muhammad s.a.w.
- Kaum Quraisy berpendapat bahawa jika mereka menerima agama Islam, nabi daripada keluarga Bani Hasyim akan mewarisi kekuasaan pemerintahan di Makkah.
- Masyarakat di Makkah sentiasa bersaing untuk menjadi pemimpin di Makkah, Mereka tidak mahu menerima kepimpinan Bani Hasyim.
- Penyebaran Islam akan sedikit sebanyak menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka di Makkah.
- Jika kaum Quraisy menerima ajaran Islam, salah satu punca ekonomi mereka akan terhapus, iaitu penjualan patung serta berhala.
- Hal ini kerana Islam melarang penyembahan berhala.
Posted by S4H at 07:24 0 comments
Cara Penentangan Kaum Quraisy
-Penentangan yang dilakukan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. ialah secara berterusan dan menggunakan pelbagai cara.
-Ajaran Islam diejek oleh penyair Arab Quraisy melalui puisi mereka.
-Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan. Namun, semua ini dihadapi baginda dengan tabah dan sabar.
-Setelah gagal menggunakan kaedah kekerasan, kaum Arab Quraisy juga menggunakan kaedah pujukan.
- Nabi Muhammad s.a.w. dipujukan agar meninggalkan ajaran Islam.
- Baginda ditawarkan kedudukan, wanita cantik dan harta.
-Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda juga telah dipulau oleh kaum Arab Quraisy. Ketika pemulauan ini berlangsung, kehidupan baginda dan orang Islam amat sukar.
-Pernyataan-pernyataan tentang langkah pemulauan terseubt digantungkan di Kaabah.
Bentuk Pemulauan kepada Keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
- Orang Arab Quraisy dilarang menjalankan urusan jual beli dengan keluarga Nabi Muhammad s.aw.
- Sebarang bentuk pertolongan tidak boleh diberikan kepada keluarga baginda.
- Orang Arab Quraisy tidak dibenarkan berkahwin dengan ahli keluarga baginda.
- Abu Talib, bapa saudara baginda sentiasa melindungi dan membantu baginda.
- Ada dlam kalangan kaum Quraisy tidak mematuhinya, sebaliknya membantu orang Islam.
- Golongan Islam yang berkemampuan sanggup berkorban dengan menyerahkan harta mereka untuk membantu orang Islam yang hidup susah akibat pemulauan oleh kaum Quraisy.
- Kaum wanita turut berkorban membantu memperjuangkan Islam seperti yang dilakukan oleh Siti Khadijah di Makkah dan diteruskan oleh Aisyah, Ummu Salmah dan lain-lain di Madinah.
Posted by S4H at 06:47 2 comments
Penyelesaian Masalah oleh Nabi Muhammad s.a.w.
-Penentangan terhadap Islam meningkat, khususnya selepas Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia.
-Nabi Muhammad s.a.w. mula mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan tekanan tersebut.
Langkah-langkah dan huraiain:
-Berhijrah ke Habsyah
- Nabi Muhammad s.a.w. membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan.
- Penghijrahan ini merupakan hijrah pertama yang dilakukan oleh orang Islam.
- Nabi tidak berhijrah ke Habsyah kerana memberikan tumpuan kepada penyebaran Islam serta menjaga keselamatan orang Islam yang berada di Makkah.
- Nabi Muhammad s.a.w. bersama Zaid bin Harinthah cuba menyebarkan agama Islam di luar Makkah, iaitu di Taif.
- Namun, usaha tersebut kurang berkesan dan tidak dapat mengurangkan tentangan kaum Arab Quraisy.
- Apabila tentangan Arab Quraisy berterusan dan umat Islam di Makkah semakin terhimpit, Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M.
- Hal ini membolehkan baginda menguruskan strategi baru untuk menyebarkan Islam.
- Langkah terseubt diambil selepas baginda menerima perintah Allah dan setelah penduduk Madinah, iaitu suku Aus dan Khazraj menjemput baginda dan umat Islam Makkah untuk menetap di Madinah.
Posted by S4H at 06:20 0 comments
Kesimpulan
-Kemunculan agama Islam telah mengubah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah kepada kehidupan yang teratur secara beransur-ansur.
-Nilai-nilai murni telah disemaikan dalam kehidupan. Tamadun Islam buakn sahaja memberikan rahmat di Semenanjung Tanah Arab tetapi di negara-negara lain di dunia.
-Nabi Muhammad s.a.w. seorang pemimpinyang berkaliber menjayakan perkembangan tamadun Islam di Makkah.
Posted by S4H at 06:04 0 comments