BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 25 August 2011

Cara Penentangan Kaum Quraisy

-Penentangan yang dilakukan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. ialah secara berterusan dan menggunakan pelbagai cara.
-Ajaran Islam diejek oleh penyair Arab Quraisy melalui puisi mereka.
-Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan. Namun, semua ini dihadapi baginda dengan tabah dan sabar.
-Setelah gagal menggunakan kaedah kekerasan, kaum Arab Quraisy juga menggunakan kaedah pujukan.

  • Nabi Muhammad s.a.w. dipujukan agar meninggalkan ajaran Islam.
  •  Baginda ditawarkan kedudukan, wanita cantik dan harta.    
-Namun, Nabi Muhammad s.a.w. dengan tegas menolak cubaan untuk merasuah baginda.
-Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda juga telah dipulau oleh kaum Arab Quraisy. Ketika pemulauan ini berlangsung, kehidupan baginda dan orang Islam amat sukar.
-Pernyataan-pernyataan tentang langkah pemulauan terseubt digantungkan di Kaabah.


Bentuk Pemulauan kepada Keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
  • Orang Arab Quraisy dilarang menjalankan urusan jual beli dengan keluarga Nabi Muhammad s.aw. 
  • Sebarang bentuk pertolongan tidak boleh diberikan kepada keluarga baginda.
  • Orang Arab Quraisy tidak dibenarkan berkahwin dengan ahli keluarga baginda.  
-Namun, langkah permulauan itu hanya berjalan selama tiga tahun kerana
  • Abu Talib, bapa saudara baginda sentiasa melindungi dan membantu baginda.
  • Ada dlam kalangan kaum Quraisy tidak mematuhinya, sebaliknya membantu orang Islam.
  • Golongan Islam yang berkemampuan sanggup berkorban dengan menyerahkan harta mereka untuk membantu orang Islam yang hidup susah akibat pemulauan oleh kaum Quraisy.
  • Kaum wanita turut berkorban membantu memperjuangkan Islam seperti yang dilakukan oleh Siti Khadijah di Makkah dan diteruskan oleh Aisyah, Ummu Salmah dan lain-lain di Madinah.

2 comments:

AssikinAhmadNor said...

Hebatt sangattttt bagus..anda seorg penulis yg berjaya 😍saya harap awak dapat menulis dgn lebih byk lagi info tentg tamadun islam supaya dapat menjadi panduan kepada umat islam

Unknown said...

terima kasih atas info 🥺