BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 3 September 2011

Pengenalan

-Tamadun Islam adalah unik berbanding dengan tamadun-tamadun awal yang lain.
(a) Tamadun awal pada umumnya muncul di kawasan lembah sungai, contohnya lembah Sungai Tigris-Euphrates, Nil, Indus dan Hwang Ho.
(b) Tamadun Islam muncul di kawasan yang terpencil di kawasan Hijaz yang terletak di tengah-tengah kawasan padang pasir yang panas dan kering-kontang.
(c) Jadi, kemunculannya berasaskan pemikiran dan kemahiran manusia di samping anugerah Allah.
- Ketika tamadun Islam berkembang, tamadun Rom dan Parsi juga berkembang di sebelah utara Semenanjung Tanah Arab.

4.1 Masyarakat Arab Jahiliah

-Perkataan jahiliah berasal daripada bahasa Arab, iaitu perkataan 'jahala' yang bermaksud jahil, tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
-Orang Islam menggunakan isitilah ini untuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh Islam dalam corak pemikiran dan kehidupan masyarakat.
-Tempoh masa Zaman Jahiliah:
(a) bermula dengan peristiwa keruntuhan Empangan Maarib di Sabak pada tahun 300 M.
(b) berakhir dengan turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang menandakan bermulanya Zaman Islam pada tahun 610 M.
-Masyarakat Arab pada ketika itu dikenali sebagai masyarakat Arab Jahiliah kerana
(a) masyarakat Arab ketika itu enggan menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul seperti Nabi Sulaiman, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa dan Nabi Isa.
(b) zaman ini dianggap zaman kegelapan kerana masyarakat Arab ketika itu tidak menyembah Allah Yang Maha Esa.
(c) kebanyakan ahli masyarakat Arab ketika itu menyembah berhala dan mengamalkan kepercayaan animisme.
(d) kehidupan masyarakat Arab yang kucar-kacir ketika itu.
(e) tiadanya nabi atau rasul dan kitab suci sebagai petunjuk dalam kehidupan pada masa itu.
(f) akhlak masyarakat Arab ketika itu amat rendah dengan sifat mereka yang kejam, degil dan angkuh.
- Corak kehidupan dan pemikiran masyarakat Arab Jahiliah hanya mula berubah dengan munculnya agama Islam yang diturunkan melalui Nabi Muhammad s.a.w.