BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 3 September 2011

Pengenalan

-Tamadun Islam adalah unik berbanding dengan tamadun-tamadun awal yang lain.
(a) Tamadun awal pada umumnya muncul di kawasan lembah sungai, contohnya lembah Sungai Tigris-Euphrates, Nil, Indus dan Hwang Ho.
(b) Tamadun Islam muncul di kawasan yang terpencil di kawasan Hijaz yang terletak di tengah-tengah kawasan padang pasir yang panas dan kering-kontang.
(c) Jadi, kemunculannya berasaskan pemikiran dan kemahiran manusia di samping anugerah Allah.
- Ketika tamadun Islam berkembang, tamadun Rom dan Parsi juga berkembang di sebelah utara Semenanjung Tanah Arab.

4.1 Masyarakat Arab Jahiliah

-Perkataan jahiliah berasal daripada bahasa Arab, iaitu perkataan 'jahala' yang bermaksud jahil, tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
-Orang Islam menggunakan isitilah ini untuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh Islam dalam corak pemikiran dan kehidupan masyarakat.
-Tempoh masa Zaman Jahiliah:
(a) bermula dengan peristiwa keruntuhan Empangan Maarib di Sabak pada tahun 300 M.
(b) berakhir dengan turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang menandakan bermulanya Zaman Islam pada tahun 610 M.
-Masyarakat Arab pada ketika itu dikenali sebagai masyarakat Arab Jahiliah kerana
(a) masyarakat Arab ketika itu enggan menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul seperti Nabi Sulaiman, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa dan Nabi Isa.
(b) zaman ini dianggap zaman kegelapan kerana masyarakat Arab ketika itu tidak menyembah Allah Yang Maha Esa.
(c) kebanyakan ahli masyarakat Arab ketika itu menyembah berhala dan mengamalkan kepercayaan animisme.
(d) kehidupan masyarakat Arab yang kucar-kacir ketika itu.
(e) tiadanya nabi atau rasul dan kitab suci sebagai petunjuk dalam kehidupan pada masa itu.
(f) akhlak masyarakat Arab ketika itu amat rendah dengan sifat mereka yang kejam, degil dan angkuh.
- Corak kehidupan dan pemikiran masyarakat Arab Jahiliah hanya mula berubah dengan munculnya agama Islam yang diturunkan melalui Nabi Muhammad s.a.w. 


Monday 29 August 2011

Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah

SOSIAL
1.Masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan , iaitu
(a) masyarakat Badwi - masyarakat nomad yang hidup berpindah-randah di kawasan gurun dan peian tengdalaman, khususnya di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab .
(b) masyarakat Hadari - penghuni kota yang khususnya menetap di kawasan persisiran pantai Semenanjung Tanah Arab 

2.Kehidupan masyarakat Arab ketika itu dalam keadaan mundur dengan amalam-amalam yang tidak bermoral seperti berjudi, riba , minum arak dan berzina .

3. Wanita berkedudukan rendah dalam masyarakat Arab Jahiliah . Buktinya:
(a) ada dalam kalangan mereka sanggup mumbunuh bayi perempuan semata-mata kerana berpendapat bahawa anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga .
(b) kaum wanita tidak dibenarkan mewarisi harta pusaka tinggalan ibu bapa mereka .
(c) kaum lelaki dibenarkan berkahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus.

AGAMA DAN KEPERCAYAAN
1. Pada Zaman Jahiliah tidak wujud nabi dan kitab sebagai petunjuk.
2. Terdapat 4 bentuk kepercayaan agama ketika itu , iaitu
(a) animisme - memuja alam seperti pokok , matahari dan sebagainya .
(b) samawi - mengamalkan agama Kristian dan Yahudi
(c) wathani - menyembah berhala
(d) kepercayaan khurafat - memilik nasib , mempercayai roh orang mati menjadi burung atau sihir .
3.Ada antara masyarakat Arab Jahiliah juga menganut agama Hanif , iaitu ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail .
4.Namun, setelah kira-kira 3500 tahun amalan mereka jauh menyimpang dan telah dicampuradukkan dengan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah .

POLITIK
1.Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah .
(a) sistem ini berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok
(b)setiap kalibah mempunyai peraturan dan identiti sendiri .
(c)Ahli sesebuah kalibah terdiri daripada keturunan atau suku tertentu dan tinggal di kawasan tertentu dalam kelompok masing-masing.
(d)Ahi sesebuah kalibah amat taasub dan fatanik terhadap kaliah masing-masing. Mereka tidak mempedulikan masyarakat di luar kalibah mereka.
(e)setiap kalibah diketuai oleh seorang syeikh yang merupakan lambang perpaduan kaum mereka.
2. syarat-syarat pelantikan seorang syeikh :
(a) mereka mestilah disukai oleh ahli-ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai .
(b) mereka mestilah berfikiran matang , gagah , berani dan pandai berpidato .
3. Semangat perkauman / kesukuan melampau yang dikenali sebagai semangat assabiah wujud akibat amalan sistem kalibah .
4. (a) semangat assabiah juga wujud akibat keadaan geografi dan keadaan tempat tinggal mereka yang panas dan kering-kontang .Untuk menghadapi keadaan hidup yang sukar ini ahli-ahli kabilah perlu bersatu .
(b) Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah masing-masing .
5. Kesannya, peperangan antara kaum atau kabilah sering berlaku disebabkan perkara-perkara yang kecil .Contohnya, Perang al-Basus yang berlaku selama 40 tahun antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar tercetus akibat tindakn seorang ahli Bani Bakar membunuh serang Bani Taghlib .

EKONOMI
1. Masyarakat Arab Jahiliah menjalankan kegiatan ekonomi yang tidak adil . Keuntungan dan kekayaan mat dipentingkan para pedagang berasaskan riba dan penindasan .
2. Penindasan dan eksploitasi seing dilakukan golongan yang kuat dan kaya ke atas mereka yang  lemah dan miskin.
3.Rampasan dan rompakan ke atas kafilah di padang pasir  dianggap aktiviti yang sah dan menjadi sumber ekonomi yang penting . Malahan , kadangkala kegiatan ini dianggap sebagai satu kewajipan. 









4.2 Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum Dilantik Menjadi Rasul

-Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah (20 April 570 M).
(a) Muhammad bermaksud 'terpuji'.
(b) Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib. Bapa baginda meninggal dunia ketika baginda dalam kandungan ibunya.
(c) Stelah beberapa hari dilahirkan, baginda dipelihara dan disusukan oleh Halimatus Sa'diah.
(d) Ibu baginda, Aminah binti Wahab pula meninggal dunia ketika baginda berusia enam tahun.
(e) Baginda kemudiannya dipelihara oleh datuk baginda, Abdul Muttalib dan kemudiannya oleh bapa saudara baginda, iaitu Abu Talib.
-Nabi Muhammad s.a.w. berketurunan Bani Hasyim daripada kabilah Quraisy.
-Keturunan baginda bermula dengan Qusai bin Kilab yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin Makkah yang terkenal sejak kira-kira 100 tahun sebelum kelahiran baginda.
(a) Selain Qusai, keturunan Nabi Muhammad s.a.w. yang pernah menerajui kepimpinan Makkah ialah Abdul Manaf, Hasyim dan Abdul Muttalib. Abdul Muttalib pernah menyelamatkan Makkah daripada serangan tentera bergajah pimpinan Abrahah. Tahun Gajah adalah bersempena dengan peristiwa ini.
(b) Mereka bijak dalam urusan pentadbiran Makkah dan juga mahir dalam selok-belok perniagaan. Kewujudan telaga zamzam berkait rapat dengan sejarah kedatangan Nabi Ismail a.s. ke Makkah.
-Sejak kecil, Nabi Muhammad s.a.w. telah menempuh pelbagai cabaran.
-Baginda pernah melibatkan diri dalam pelbagai jenis pekerjaan termasuk menggembala kambing kepunyaan bapa saudara baginda, Abu Talib.
-Baginda juga berpengalaman dalam bidang perniagaan sejak berusia 12 tahun apabila baginda mengikut rombongan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam.
(a) Pengalaman dan peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika rombongan tersebut telah memperkayakan kehidupan baginda.
(b) Tanda-tanda kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. telah pun diramalkan oleh Buhaira (seorang Pendeta Nasrani) ketika rombongan itu singgah di Basrah.
-Ketika berusia 20 tahun, Nabi Muhammad s.a.w. telah pun berpengalaman menjalankan perniagaan sama ada secara berseorangan atau berkongsi dengan temannya. 

Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

-Empat sifat terpuji yang dimiliki Nabi Muhammad s.a.w. ialah
(a) berkata benar (siddiq)
(b) boleh dipercayai (amanah)
(c) penyampaian ajaran Islam (tabliq)
(d) bijaksana (fatanah)
- Orang Arab Quraisy mengakui Nabi Muhammad s.a.w. memiliki sifat siddiq semasa berdakwah di Makkah.
-Nabi Muhammad s.a.w. merupakan seorang yang jujur, amanah dan berbudi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberikan gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.
-Panggilan 'al-Amin' ini juga menjadi sebati dalam kalangan masyarakat Arab sehingga nama Muhammad tidak digunakan.
-Sifat inilah yang menyebabkan Siti Khadijah berani menyerahkan modal yang besar kepada baginda untuk menjalankan perniagaan.
-Baginda menyampaikan ajaran agam Islam dengan bersungguh-sungguh selepas baginda dilantik menjadi rasul. Hal ini dilakukan oleh baginda walaupun terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan rintangan.
-Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang pengasih
(a) Sebagai seroang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaiann yang koyak, membersihkan rumah dan menjaga anak.
(b) Sebagai seorang bapa, baginda memberikan pendidikan agam yang secukupnya dan menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.
-Baginda mengamalkan cara hidup yang sederhana. Sifat kebendaan dijauhi oleh baginda.
-Baginda juga seorang yang sentiasa merendah diri walaupun baginda berkedudukan tinggi dan dihormati masyarakat. Baginda bergaul dengan semua lapisan masyarakat sama ada yang kaya mahupun yang miskin.
-Baginda seorang yang bersifat penyayang, khususnya terhadap golongan orang tua dan kanak-kanak.
-Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang bersifat pemaaf. Contohnya, semasa pembukaan semula kota Makkah pada tahun 630 M, orang Arab Quraisy yang telah dikepung diampun dan dibebaskan baginda.
-Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang mempunyai sifat kepimpinan. Hal ini jelas menonjol ketika baginda berusia 35 tahun apabila baginda berjaya menyelesaikan masalah dalam peristiwa peletakan Hajar Aswad (batu hitam) di tempat asalnya di Kaabah. Hal ini seterusnya dapat memperkukuh perpaduan antara kaum di Makkah.

Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

-Wahyu pertama diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada hari Isnin, 17 Ramadan (6 Ogos 610 M).
-Ketika itu Nabi Muhammad s.a.w. berusia 40 tahun.
-Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
-Surah al-Alaq, iaitu wahyu yang pertama diterima berbunyi 'Bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan manusia...'
(a) Dengan memerintahkan umat Islam supaya membaca, surah ini menegaskan betapa pentingya ilmu pengetahuan dalam Islam.
(b) Melalui bacaan, ilmu seseorang dapat ditingkatkan dan selanjutnya membolehkan seseorang membuat kajian dalam pelbagai bidang.
(c) Hal ini selanjutnya akan membantu dalam membina masyarakat dan tamadun Islam yang cemerlang.
-Wahyu kedua, iaitu surah al-Muddasir (ayat 1-7) juga diturunkan di Bukit Nur yang berhampiran Makkah.
(a) Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.
(b) Baginda diperintah menyebarkan agama Islam kepada seluruh umat manusia.
-Baginda perlu menyebarkan ajaran Islam secara bijak dan terancang.
-Nabi Muhammad s.a.w. terus-menerus menerima wahyu dan menjalankan seruan kepada Arab Quraisy.
-Pada tahap ini, baginda merancang untuk membetulkan akidah dan kehidupan masyarakat Arab dengan beriman kepada Allah s.w.t. dan meninggalkan semua amalan yang keji.

Hajar Aswad, batu suci ini diletakkan di salah satu penjuru Kaabah