BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 25 August 2011

Penentangan Terhadap Islam

(a) Faktor Agama

  • Wujud perbezaan antara amalan dan kepercayaan kaum Quraisy dengan agama Islam.
  • Kepercayaan kaum Quraisy ialah penyembahan berhala dan animisme.
  • Kaum Quraisy mahu mempertahankan kepercayaan dan amalan nenek moyang mereka.
  • Agama Islam menentang kepercayaan kaum Quraisy kerana agama Islam hanya menyembah Allah s.w.t.
 (b) Faktor Sosial
  • Ajaran Islam menyarankan prinsip persamaan taraf sesama manusia.
  • Sistem sosial kaum Quraisy pula jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang mementingkan semangat persaudaraan tanpa mengira suku atau kaum serta persamaan taraf antara setiap manusia.
  • Kaum Quraisy berpegang teguh kepada semangat assabiah. Semangat perkauman atau kesukuan mereka amat kuat.
  • Oleh itu, mereka menolak konsep persaudaraan Islam.
  • Kaum Quraisy juga berpegang kepada taraf dan kedudukan sosial yang berbeza, iaitu wujud perbexaan darjat antara golongan atasan dengan golongan bawahan.
  • Agama Islam juga melarang mereka melakukan perbuatan yang sentiasa dilakukan mereka seperti memandang rendah kepada wanita, membunuh, berzina, meminum arak, berjudi dan sebagainya.
(c) Faktor Politik
  • Kaum Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap Nabi Muhammad s.a.w. 
  • Kaum Quraisy berpendapat bahawa jika mereka menerima agama Islam, nabi daripada keluarga Bani Hasyim akan mewarisi kekuasaan pemerintahan di Makkah.
  • Masyarakat di Makkah sentiasa bersaing untuk menjadi pemimpin di Makkah, Mereka tidak mahu menerima kepimpinan Bani Hasyim.
  • Penyebaran Islam akan sedikit sebanyak menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka di Makkah.
(d) Faktor Ekonomi
  • Jika kaum Quraisy menerima ajaran Islam, salah satu punca ekonomi mereka akan terhapus, iaitu penjualan patung serta berhala.
  • Hal ini kerana Islam melarang penyembahan berhala.

0 comments: