BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 25 August 2011

Penyelesaian Masalah oleh Nabi Muhammad s.a.w.

-Penentangan terhadap Islam meningkat, khususnya selepas Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia.
-Nabi Muhammad s.a.w. mula mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan tekanan tersebut.

 Langkah-langkah dan huraiain:
-Berhijrah ke Habsyah

  • Nabi Muhammad s.a.w. membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan.
  • Penghijrahan ini merupakan hijrah pertama yang dilakukan oleh orang Islam.
  • Nabi tidak berhijrah ke Habsyah kerana memberikan tumpuan kepada penyebaran Islam serta menjaga keselamatan orang Islam yang berada di Makkah.       
-Berdakwah di luar Makkah (di Taif)
  • Nabi Muhammad s.a.w. bersama Zaid bin Harinthah cuba menyebarkan agama Islam di luar Makkah, iaitu di Taif.
  • Namun, usaha tersebut kurang berkesan dan tidak dapat mengurangkan tentangan kaum Arab Quraisy.                                           
-Berhijrah ke Madinah
  • Apabila tentangan Arab Quraisy berterusan dan umat Islam di Makkah semakin terhimpit, Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M.
  • Hal ini membolehkan baginda menguruskan strategi baru untuk menyebarkan Islam.
  • Langkah terseubt diambil selepas baginda menerima perintah Allah dan setelah penduduk Madinah, iaitu suku Aus dan Khazraj menjemput baginda dan umat Islam Makkah untuk menetap di Madinah.

        0 comments: